<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, September 28, 2005
Erti Sebenar Kemerdekaan

Dah lama sebenarnya aku tak sambut merdeka kat bumi bertuah ni... tapi sejak a few years back sambut merdeka ni menyedarkan aku erti sebenar kemerdekaan.

Merdeka untuk terus tetap istiqamah dalam tidak boleh bersaing...

Merdeka untuk terus menyuap dan menelan rasuah...

Merdeka untuk memerintah walaupun tak reti...

Merdeka untuk menjahanamkan anak bangsa...

Merdeka untuk menghina islam...

Merdeka untuk menjalankan akta zalim...

Merdeka untuk mengongkong bangsa sendiri...

Merdeka untuk mengaut duit rakyat sesuka hati...

Merdeka untuk mengamalkan nepotism dan kronism...

Merdeka untuk melakukan pesta seks...

dan lain2 yang buruk2...

Malangnya.. itu lah erti sebenar kemerdekaan di negara kita ni... bebas utk melakukan perkara yg buruk2. Kalau hendak melakukan perkara baik, akan dikongkong, tidak bebas, tidak merdeka.

Tidak merdeka untuk menyatakan kebenaran...

Tidak merdeka untuk mengajak kepada perkara kebaikan...

Tidak merdeka untuk mengkritik pemimpin yg zalim...

Tidak merdeka untuk menangkap pemaksiat seperti di the Zouk...

Tidak merdeka untuk melaksanakan undang2 islam...

Tidak merdeka untuk memecat menteri rasuah...

Tidak merdeka untuk mendengar ceramah agama...

Tidak merdeka untuk memberi ceramah agama...

Tidak merdeka untuk menerbitkan suratkhabar yang mengkritik kerajaan..

Tidak merdeka untuk keluar di TV untuk menyuarakan pendapat yg tidak disukai kerajaan...

Tidak merdeka untuk mendapatkan peluang2 perniagaan kerana semuanya telah dibolot oleh kroni2 org yang berkuasa...

Tidak merdeka untuk mendapatkan urusan yg selesa untuk apa2 urusan kerana terpaksa memberi rasuah sekiranya mahu urusan selesai...

Tidak merdeka untuk mendapat mahkamah yg adil kerana dipengaruhi kerajaan...

dan lain2 yg baik2...


Posted at 10:52 am by kesana
Make a comment  

Wednesday, September 07, 2005
NEGARA AKU

Negara aku hanya ada aku dan orang2 yang aku izinkan menetap didalamnya. Negara aku tiada sampah yang bertebaran. Negara aku aman dari pertelingkahan. Negara aku tiada sundal miang gatal dijalanan mahupun di motel2 murahan. Negara aku tiada motel murahan. Negara aku tiada hotel berbintang2. Negara aku harga hotelnya berpatutan. Negara aku tiada dengki fitnah. Negara aku tiada manusia bangsat tamak haloba. Negara aku tiada sizophrenia. Negara aku tiada aids mahupun STD. Negara aku doktornya merawat pesakit dgn ikhlas. Negara aku rakyatnya tidak perlu membayar kos banglo dan kereta mewah para doktor. Negara aku peguam berkhidmat secara ikhlas. Negara aku, rakyatnya tidak perlu membiyayai suit mewah dan percutian mewah para peguam. Negara aku tiada jerebu. Negara aku tiada pencemaran terbuka. Negara aku mengamalkan clean technology. Negara aku udara dan airnya bersih. Negara aku tiada pencemaran. Negara aku sungai dan pantainya bersih lagi indah. Negara aku barang2nya mampu dibeli. Negara aku orang yang miskin mampu hidup selesa. Negara aku orang kayanya dermawan dan suka bersedekah. Negara aku tiada ISA. Negara aku kadar jenayahnya sangat rendah. Penjara di negara aku sedikit dan tidak selalu penuh. Negara aku banduan2 nya menyesal atas kesalahan mereka. Bekas banduan dinegara aku tidak mengulangi kesalahan mereka. Negara aku polisnya cekap, baik, beretika dan mesra. Negara aku tiada penderaan di lokap oleh polis. Negara aku tiada polis brutality. Negara aku pesalah mengaku salah dimahkamah. Negara aku jarang orang didakwa mengaku tidak bersalah. Negara aku sekiranya orang yg didakwa tidak bersalah, dia akan disabitkan tidak bersalah. Negara aku hakim2nya beretika tinggi. Negara aku bukti2 berdasarkan fitnah tidak dibenarkan dimahkamah. Mahkamah di negara aku hanya menerima pakai saksi2 yang baik, jujur dan berakhlak. Negara aku hampir semua rakyatnya baik dan berakhlak. Negara aku rakyatnya bebas menyuara pendapat. Negara aku akhbarnya bebas dan tidak dikongkong. Negara aku wartawannya beretika tinggi. Negara aku bebas dari rasuah. Politician di negara aku tidak menipu dan suka membela rakyat. Politician dinegara aku tidak kaya raya. Sahabat, kerabat mereka pun tidak mewah melainkan yang berusaha gigih tanpa political help. Negara aku amat kurang penagih dadah. Negara aku aku amat kurang dadah untuk ditagih. Negara aku polis sentiasa dapat menangkap pengedar dadah. Negara aku tidak perlu hukuman keras untuk pengedar dadah kerana hampir semua dadah dapat disita sebelum sampai ke penagih. Negara aku pengedar dadah susah cari makan. Negara aku penagih dadah pulih 100% selepas masuk ke pusat pemulihan. Negara aku semua makanan halal memang sah 100% halal. Negara aku tiada babi halal. Negara aku ayam tidak dicampur dengan babi. Negara aku rakyatnya bermoral tinggi. Negara tiada pembuangan bayi. Negara aku tiada pengguguran bayi kecuali atas sebab kesihatan. Negara aku pasangan terlanjur sentiasa bertaubat. Negara aku pasangan terlanjur dan telah bertaubat diterima masyarakat. Negara aku wanitanya tidak menentang poligami. Negara aku suami berpoligami sentiasa berlaku adil mengikut kemampuannya. arghhh.. tak larat la.. sambung lagi ek...

So korang rasa korang layak jadi rakyat negara aku? jom la carik tanah kosong. 

Posted at 04:01 pm by kesana
Make a comment  

Friday, August 26, 2005
Untuk Intan

Intan,
Pertama kali kita bertemu aku sudah cukup tertarik. Matamu yg redup, pandangan mu yg penuh persoalan, senyum mu yg ikhlas. Aku masih ingat, pantang masa terluang, aku akan cari kau, untuk berbual-bual hal kerja atau pun hal-hal kosong. Mcm2 alasan akan aku buat untuk menatap wajahmu barang sesaat.

Intan
Kau buat aku rasa tenteram. Masalah aku terus hilang, bila saja kita bertemu. Maafkan aku, kalau aku kerap sgt menganggu, kerana aku ini mmg penuh dgn masalah. Adakah aku ada pilihan lain?. Kau juga buat aku berfikir. Urat2 di kepala ku yg kian kendur tegang kembali, berfikir, meramal, merenung. Kadang2 aku sengaja mengeluarkan idea2 bodoh ku, supaya aku boleh dengar kau berkata 'bodohnya idea tu', 'awak ni apa2 la'. Aku akan membalas dengan 'kenapa awak rasa benda tu bodoh', 'kenapa awak kata mcm tu'. Kau akan menjawab panjang lebar mengenainya. Semua nya betul tanpa ragu2 lagi. Kalau perempuan lain, mereka cuma akan gelak terkekek mendengar lawak bodoh ku. Tapi bukan kau, kau akan mencabar idea2 ku. Aku pula akan berfikir habis habisan untuk menegakkan benang basah ku. Kadang2 kau malas nak melayan kerenah ku, kerana kau tahu aku bukannya bodoh sgt. Tapi aku akan terus mendesakmu dengan muka bodohku yg penuh dgn keyakinan. Akhirnya kau mengalah dan terus berhujjah. Aku bahagia, aku cukup rasa bahagia. Terima kasih intanku.

Intan
Aku merindui mu. Amat rindu. Sejak pemergianmu, urat2 dikepala dan otakku kendur kembali. Puas sudah aku mencari gadis sepertimu disini namun belum berjumpa. Kau satu dalam sejuta. Kalau kat kl ni mungkin ada sorang dua yg sepertimu. Mana aku nak cari? Aku betul2 merindui mu. Aku tahu kau pergi untuk menuntut ilmu, menyambung perjuangan anak bangsa, dibumi bekas penjajah. Aku mendoakan kejayaanmu. Tapi aku amat merinduimu. Aku rindu kepetahan lidahmu, aku rindu juihan bibirmu, aku rindu senyuman dan lengkokan lehermu, aku rindu jelinganmu, aku rindu kerutan hidungmu, aku rindu ketapan gigimu, aku rindu sengkangan tanganmu dipinggangmu. Aku doakan kau cepat2 habis pengajianmu. Aku amat merinduimu.

Intan
Aku menyintai mu.

Posted at 05:00 pm by kesana
Make a comment  

Awek mata kuyu

Lama betul aku tak tulis, entah le.. sibuk sgt kot. Hari tu tennis partner aku introduce aku kat sorang awek ni. Nak kata dasyat nya kawan aku ni, bukannya dia nak introduce aku in person. Dia sms je no budak tu. La.. apa aku nak buat ngan phone no. tu? Mangkuk nya kawan. Aku tanya apesal tak introduce in person, dia buat dek je. Cis.. Mungkin malu kot, mungkin dia pun minat. Abis tu apehal nak libatkan aku pulak. Karang dapat kat aku, gigit jari pulak. Aku nak ajak awek tu lunch dgn kitorang, tapi kawan aku membantah sekeras2nya. Entah apa la sawan dia ni. Pening aku dibuatnya. Abis tu apa aku nak buat apa phone no dia ni, takkan nak call borak2 pulak. Aku bukannya fesyen jenis tu. At least jom la keluar. Sure la minah tu reluctant nak keluar berdua ngan aku, so better la kalau dia join sekali. Bukannya apa, just an innocent lunch. Tapi mamat ni taknak pulak. Ishh.. dia kata dia taknak terlibat ngan org kat jabatan dia. Lunch = terlibat. Biar betul. Patut la sampai skrg takde awek. Menurut pengakuannya dia mmg tak penah ada awek. Aduhai.. kesian, kawan aku sorang ni.. camane la aku nak tlg dia.

Sebenarnya mmg aku nak matchkan dia dgn awek ni pun, sbb aku dah reject awal dah. Awek tu lagi tinggi dari aku, karang kena memanjat pulak. Tinggi cam model, ada rupa pulak, yg aku paling tak tahan mata stim dia tu. Aku rasa mmg natural, takkan la dia stim all the time, biar betul, tak logic kan. Tapi kawan aku ni mmg fobia betul dgn pompuan. Jgn2 dia ni gay, sudah. mampos aku. Dah le ke sana sini dgn aku. Tapi aku yakin dia straight. Cuma dia kena buktikan dgn aku dulu la. Sekurang2 nya keluar makan dgn awek mata kuyu ni. Tgk la nanti, kalau ada perkembangan aku report kat sini.

Posted at 12:11 pm by kesana
Make a comment  

Thursday, August 04, 2005
Perfection - prerequisite to making critics?

Aku ada meeting panjang hari ni, ni tgh break kejap la ni. Org pergi makan, pergi solat, aku mengadap komputer. Itu la aku.

Pening kepala, kerja aku org kata salah, kerja org aku kata salah, biasa la tu. Tapi hari ni alhamdulillah, semua org level headed except some new and young members. Pantang kena kritik, masam je, apa agaknya perasaan diorang masa tu? hmmm marah kot, rasa tak dihargai, maruah tercalar.. mcm2 la kot. Mana la aku tau, aku pakai main agak je. Aku dulu pon camtu gak, pantang kena kritik bermati-matian nak menegakkan.. bukannya kebenaran.. selalunya benang basah. Kebenaran sebenar siapa la yg tahu, selalunya kebenaran yg dipakai kebenaran consensus atau kebenaran ketua. Ye la terasa la bila org kata kerja kita byk salah dan sebagainya, mcm le diorang tu bagus sgt. Aku rasa mcm tu pun setelah sekian lamanya aku dididik diluar negara, yg mana kamu bebas untuk mengkritik. Kalau local grad, camana la pulak golakan emosinya tu ye.

Team aku ni pulak ratanya graduan oversea, so mudahla sikit. Tapi bila aku berhadapan dgn masyarakat kita ni, aku nampak kritikan tu agak kureng la. Paling bagus pun baling batu sembunyi tgn. Agaknya itu la sebabnya peribahasa tu wujud kot. Entah apa la agaknya cara hidup tok nenek moyang kita dulu. Agaknya kalau mengkritik kena bunuh kot. Kadang2 aku teringat gak kisah2 teladan, mcm budak kat singapore yg mengkritik sultan cara melawan serangan todak. Walaupun cerita tu mmg bodoh giler dan tak masuk akal, sekurang2nya itu la expresi penulis waktu itu. Mungkin pada waktu itu itulah perasaannya dan diterjemah kepada cerita singapore dilanggar todak. Siapa la agaknya penulis tu. Kok iye pun.. buat la cerita yg lojik2 sikit. Berapa jauh la todak tu boleh melompat. Dok la kat darat sikit. Singapore tu dalam peta mmg kecik, tapi kalau korang pergi, ada la besar JB. Tak sampai la todak tu nak melompat sampai ke bukit timah!

Kalau dulu kena bunuh, sekarang kena ISA aje. So suatu kemajuan yg membanggakan. Pun begitu boleh maju lagi. Apa la agaknya susah sgt nak mengkritik dan dikritik. Agaknya masing2 risaukan kelemahan diri. Kritik2 ni apa, diri tu bagus sgt? perfect? tak pernah silap? hmmm abis tu camana nak betulkan kesilapan kalau kesilapan tu tak di identified. Kalau boleh sedar kesilapan sendiri tu. takpe la jugak. Camana nak buat camtu kalau setiap kerja yg kita buat, kita rasa kita dah buat sebaik mungkin? Tentulah kena minta org lain tgk kan.. ada salah ke tak. Berapa ramai org melayu mcm tu. Pantang dikritik, jatuh maruah, keluar keris, buat perangai lagi nampaknya melayu ni. Takpe, kita tak bunuh dah kalau kita bengang kena kritik, kita tutup pintu rezeki je, dan paling teruk kita hantar ISA. Sampai bila nak mcm ni. Nak tunggu pengkritik tu jadi manusia perfect, baru nak terima kritikan dia. Bukan kah kita rasa diri kita ni perfect, itu lah punca meradang bila dikritik. Adakah kita yg rasa mcm tu layak mengkritik org lain? Bolehkah mereka terima kritikan kita? Skrg semua org rasa diri mereka perfect. Walhalnya kita diwarwarkan sebagai bangsa mundur. Macamana nak selesaikan masalah kita tanpa menerima kritikan sebagai method untuk mengenali kekurangan dan kesilapan kita? Padahal bangsa paling maju didunia mengamalkan kritikan terbuka untuk membina tamadun mereka. Aku tak persoalkan cara mengkritik itu, kena la ada cara sesuai dan tidak menjatuhkan maruah (cthnya perkara peribadi, tapi bila rasuah pun dikatakan perkara peribadi, camano ek?) So pk kan la.. adakah perfection itu prerequisite to making critics, atau pun itu hanyalah alasan remeh kita untuk melindungi sifat buruk kita seperti malas, tak tau buat kerja, rasuah dan sebagainya, yg mana perkara2 ni bukan melibatkan maruah peribadi tetapi kepentingan umum.

Posted at 02:41 pm by kesana
Make a comment  

Monday, August 01, 2005
Communication skill la tu..

Adoi.. tak larat rasanya hari ni.. tak tau la apesal.. exhausted betul. Byk betul la yg aku kena baca semalam, tak habis2 lagi. Takut betul harini aku kena bantai ngan student, seb baik diorang ok, ataupun pun charming aku buat diorang ok? Perasan la tu.. Penat woo.. nak stay charming. Tak boleh jadi ni, aku takleh nak rely on charming aku sepanjang masa. Apa nak jadi kat aku ni, dulu tak mcm ni pun. Nak sampaikan sesuatu takyah communication skill langsung sbb aku mungkin masa tu full of substance. Skrg? entah la.. makin lama aku rasa ilmu aku makin berkurang. Ke aku dah termakan dakyah yg mempromosikan communication skills above all others? Tgk keliling, gitulah gayanya, kalau tanya boleh buat tak? boleh aje jawapannya. Kalau tanya tahu ke tak? tahu aje jawapannya. Mcm2 jawapan dan hasil kerja yg keluar. Jawapan menyasar, kerja tak siap. Cuba kereta korang rosak, pergi kedai mana2, semua boleh bikin, no problem, janji ada duit, boleh punya. Bila siap, rosak tak betul, yg lain pula rosak. Apa ni? Camana boleh tertipu? Tipah tertipu.. tipu tipah. Apa lagi kalau bukan communication skill. Yg buruk nampak elok. Yg tak cantik jadi menawan. Yg takde jadi ada. Yg tak boleh, malaysia boleh. Yg tak guna, jadi berguna. Yg sampah, jadi tak menyampah. Yg pahit jadi manis. Yg racun jadi ubat. Yg sesat jadi tuhan. Camane boleh jadi mcm tu? Communication skill la tu..

Kalau mcm tu jgn la praktik communication skill tu lagi. Mana boleh? Nak berterus terang? Kerja belum siap, ini bukan bidang kami, kami tak tau, kami tak mampu, harga minyak memang akan naik, AP untuk kroni kami sahaja, polis berkuasa nak tangkap pengikut ajaran sesat.. Gila? Nak kena marah boss? Nak business bungkus? Nak nampak bodoh? Nak hilang pangkat? Nak hilang pengaruh? Abih tu nak tipu boss? Nak tipu pengguna? Nak tipu rakyat? Bukan tipuuu.... itu soft skills... communication skill la tu.. 

Berjanji lah pada dirimu dgn jari jemari mu dan keyboard sebagai saksi.. jgn lah salah gunakan soft skill. Bukan untuk menipu, bukan untuk mengeliru. Tapi untuk menyampaikan ilmu mu dgn lebih baik. Ilmu itu kena ada dulu sebelum ingin disampaikan. Service itu perlu dimaster dulu sebelum dilakukan. Barang itu kena wujud dulu sebelum dijual. Komitment mesti ada dulu sebelum membuat janji. Rakyat dihormati dulu sebelum dibebani. Ini barulah softskill... bukan menipu.. ilmu berkat, pengguna ceria, rakyat bahagia. Boleh ke capai ini semua ni tanpa menipu? Sudah tentu boleh.. dengan kerja keras dan dan menyampaikannya dgn baik.. bukan tipu.. itu sofskills... communication skill la tu..

Posted at 01:30 pm by kesana
Make a comment  

Friday, July 29, 2005
Kimia untuk yana - ini sains bukannya wahyu

Adoiii... terlupa pulak nak carikkan jawapan untuk soalan chemistry anak buah aku ni, mmg sah aku ni short in memory. Soalan tak logik plak, pueh aku cari dlm buku ngan internet, tak dapat gak. Apesal la dlm ramai2 ni aku jadi mangsa. Mungkin aku ni pakcik favourite nya kot. Semalam lagi dia hantar sms tu, ada assignment la tu kot. Jauh sms tu datang, dari luar negara. Kat sempadan je, tapi bukan dari indon. Not that anything is wrong with that!

Hmmm jenuh aku mencari jawapan, akhirnya aku kata mungkin reaction tu salah kot. Munasabah juga, cikgu boleh buat silap, pensyarah pun boleh, professor pun kekadang boleh. Mungkin typo error dlm assignment tu, ataupun typo error dlm buku tu, mana la tau. Ini science bukannya wahyu. Bukan ke mak dia tu guru science, hmmm.. tak dapat jawab la tu kot. Ntah2 kakak aku tu pun rasa soalan tu silap, tapi dia tak confident. Kalau mcm tu aku bangga la dgn kakak aku, you can never be too sure with science.

Setengah orang yang rasa hebat kerana meneraju menara gading, tambah pula jawatannya tinggi, kadang2 merasa cukup yakin dgn ilmunya. Pelajar2 disumbat dgn fakta2 science dan engineering ditembolok masing2 dan dipaksa menelannya. Ini lah sains, ini lah fakta, ini lah kebenaran. Betulkah, benarkah. Maaf professor, maaf cikgu saya kurang setuju. Kebenaran sains berdasarkan teori, berdasarkan data, berdasarkan pengalaman. Kebenaran sains berubah2. Yusof Al Qaradawi dlm satu artikelnya menyebut 'had scientists and inventors stopped at whatever people were aquainted with, knowledge would not have advanced at all, and we would not have reached the atomic age and space age'. 

Sains bukannya wahyu. Sains tidak membuktikan agama itu betul atau salah. Kebenaran sains itu berubah. Kebenaran wahyu itu tetap, bukan kerana sains, kerana wahyu itu dari Allah dan disampaikan oleh rasulnya yang benar yg mula2 sekali beriman kepadaNya. Sabarlah anakku, mungkin ada salah silap dalam permasalah sains itu. Ini sains, bukannya wahyu.

Posted at 05:08 pm by kesana
Make a comment  

Feel sorry fer my outburst

Lepas serapan ni aku nyesal pulak tulis apa yg aku tulis pagi tadi.. hmmm biasa la tu... nyesal la kutuk2 ni... bukannya apa kekadang tu frust je tak dapat nak buat apa2.. tapi aku asyik terlupa lesson yg aku learn dari a few friend.. kalau kutuk2 ni jadi apa2 ke.. boleh buat perubahan ke? so jawapan aku.. hmm takde kot.. so logiknya diam je la.. abih kalau aku diam je.. aku nak tulis apa pulak.. dah la tgh tensen ni.. keje melambak2.. confident dah menurun.. energy level pun turun.. aku terpaksa lepaskan jugak baggage aku ni... biarpun dgn cara yg salah? akunya suka la... ko ada cadangan lain? jumpa PM suruh hentikan program2 lalai tu? ko dah mabok? SetPol dia pun belum tentu boleh jumpa.. kalau boleh jumpa pon aku nak cakap apa? Haaa.. apa ko kata.. apehal sibuk2 dgn hal ni, apehal nak kritik program2 kesukaan ramai? apa? kan aku dah kata.. aku tersentuh baca tazkirah kat satu laman ni.. dia kata org ni kalau ajak buat baik mcm2 alasan, buat jahat laju je nak ikut.. aku la tu.. aku la yg dimaksudkan tu.. terasa? mmg aku terasa.. aku la tu.. aku rasa sedih.. aku rasa hina.. mmg salah aku.. suka buat bende lalai.. suka tgk awek cun.. suka tgk awek dedah sana sini.. lenggang lenggok sana sini.. suka bergaul bebas, aku la tu.. mmg salah aku.. tapi aku rasa org lain pon salah gak.. subahat gak.. yg tayang, yg lulus tayang.. diorang baik sgt ke.. aku bengang.. aku salah.. diorang pun salah gak.. apa? lain kali jgn baca tazkirah?

Ishh.. aku rasa nak menangis la pulak.. ok la.. aku nak sambung wat keje... chiow..

Posted at 11:10 am by kesana
Comments (2)  

wangi jamban itu...

Yesterday I start to get used to blogging, if that is the right term or blog hopping. Looking at others blog and read their story and try to figure out whats going on in their mind. I have visited a few very interesting blog site.

Initially I started my blog at blogspot, but since not many malaysian use that service, I open a mirror blog here, or blogspot has become my mirror site. It is nice to see many of my fellow countryman express their thought here as we all know its not easy to express yourself publicly in this country or if you do you may feel uneasy for some or many or none reasons. This is our fate for now.

I forgot already the blog address I have visited yesterday but one very interesting blog which feature a lot of tazkirah or seumpamanya. Apesal aku dok writing in english ni, camle bagus sgt.. grammar pon berterabur.. This person comment about the AF fever, demam akademi fantasia la tu. Sorry la aku tak demam, sebab aku dah biasa dengar suara2 yang jauh lebih enak dari tu.. mcm kelly clarkson ngan carrie underwood. Jadi bila aku dgr suara2 local singer ni sumbang pulak bunyinya termasuk la yg kononnya diva cam kak nita ngan siti nurhaliza. DIVA!? biar betul... senang kata kalau selamanya dok dlm jamban.. bau jamban tu lama2 jadi wangi.. nasihat aku pada org malaysia ni.. sekali sekala keluar la dari jamban tu.. hirup udara segar... Tak kira la AF ke, MI ke.. paling terok sekali mentor la.. semuanya takde quality. Mintak2 jgn la juara MI nanti nak join WI, buat jatuh maruah negara je...

Pasal apa remaja gila sgt kat program2 yg kebanyakan org alim2 dah label sebagai program maksiat. Aku tak tau la mufti bagi fatwa ke tak.. tapi sejak org maleh nak layan mufti pasal sureheboh dulu.. suara mufti dah tak laku dah.. org malaysia ni lagi suka astora jabat dari ustaz. Silap2 ayah pin akan jadi menteri hal ehwal agama suatu hari nanti. Aku tatau la, aku bukannya alim, tapi sekali sekala kena tazkirah terkedu gak aku.. terbantut program2 maksiat aku..

Aku nampak yg demam AF ni.. sebab jiwa kosong.. nak isi dgn apa beb.. siapa yg nak isi? siapa yg offer nak isi? malaysia ni kadang2 boleh jadi bosan gila.. nak isi dgn program baik2 kena bambu ngan org yg ada kuasa.. last last isi la dgn AF, MI, mentor, AF diary, sembilu, one tree hill, desperate housewife.... terisi jiwa yg kosong. Alternative? takkan nak gi surau, usrah ke apa.. kena label nanti mampos.. extremist, fundamentalist, terrorist, KMM, JI. Bukankah AF, MI dan sebagainya itu suatu pengisian islam jugak? Islam Hadhari lah beb.. Kalau selamanya dok dlm jamban, wangi jamban itu...

Posted at 09:57 am by kesana
Comment (1)  

Thursday, July 28, 2005
Dinner with ex

Trying to keep the momentum going....

Last night aku dinner ngan ex aku, hubby dia dan sorang kawan pompuan ex aku. Bukan dia nak set up aku dgn minah tu pon sbb kawan dia pun aku dah lama kenal baik. Apehal tah ajak keluar makan, agaknya esok birthday aku.. tapi takde hadiah pon. Mungkin malu kot kat hubby dia, ahh suka hati ko la.

Actually ni first time aku jumpa dia since wedding dia a month ago. Sebenarnya aku melawak je dia ex aku... aku sebenornya minat kat dia, cuma dia lebih minat kat hubby dia skrg. Hubby dia pun dah lama baik dgn aku, masa berbaik2 tu la aku cuba rampas awek dia, tapi tak berjaya. Kalau berjaya dah tentu jadi akunya coup of the year. Sebelum aku nak ngorat dia aku taktau pun dia dah ada bf, serious pulak tu. Aku ajak keluar temankan aku atas urusan kerja. Aku kata you jadi secretary I hari ni, bukan aku menggatal, tapi peluang nak dapat contract tu cerah sikit. Maklumlah, muka ala2 kate hudson gitu.. aku rasa kalau dia senyum lagi banyak la kate hudson dia keluar, udahle aku ni minat kate hudson.. adoiiii... so projek tu dapat, bukannya banyak mana pun.. cukup lah nak basahkan tekak aku...

Balik dari meeting tu dia ada cerita kat aku pasal nak gi satu konvensyen kat putrajaya.. ntah apa tah.. OIC ke apa ke.. so aku kata jom la.. aku pun teringin gak nak pegi. Pergi meeting tak gatal, balik meeting gatal pulak dah. So kitorang ronda2 la pameran ntah apa tah.. aku tak fokus dah kat bende keliling aku.. aku fokus kat dia je.. seronok gak haritu ..aku tak belikan dia apa pun, cuma aku ada derma la kat rumah kebajikan untuk kanak2 yang mengidap HIV. Diorang bagi aku penanda buku yang dibuat oleh bebudak tu. Aku bagi la kat date aku ni ..hehehe.. dating konon. Aku taktau la aku ikhlas ke tak haritu, atau aku sekadar cuma nak impress date aku ni.. Itu je la masa kitorang kuar berdua... lepas tu dia rasa bersalah kot.. kalau nak keluar kena ada orang lain.. katanya..

So balik kepada dinner semalam, kitorang makan kat satu gerai makan siam kat puchong. Sebenarnya aku pernah belanja dia ngan kekawan dia kat situ. Then, dia rekemen kat hubby dia, then hubby dia hooked pulak ngan tempat tu. Ntah dia rasa sedap sgt agaknya. So there we were last night, borak2, makan ikan keli daging hancur dan cendawan goreng. Mcm2 yang diborakkan, cuma aku tak terkeluar pulak nak tanya pengalaman pengantin baru, terniat tu ada la.. agaknya aku tak dapat menerima awek ni dah kena senggama oleh hubbynya for the past month.. kalau aku pk2 kan.. kekadang dahi aku berkerut.. kekadang pulak air liur meleleh. Takpela bukan rezeki aku... So there we were borak2 kosong je.. kawan dia yg dibawak tu single lagi.. so aku dok mengusik je.. nak kenenkan dgn kawan2 aku.. biasalah...

Sebenarnya singnificant mlm tadi ialah realization of my fear.. dia jadi milik org lain. Aku terima jemputan tu pun sbb aku nak tgk aku boleh handle tak of what I fear. I think I am doing well plus more. Aku rasa rindu aku terubat pulak, walaupon selama sebulan lepas yg tak jumpa ni kerap juga kitorang bertukar sms, sekali sekala aku call. Aku tgk dia, anggunnya, comel nya.. tak lah secantik erra fazira, taklah la secomel fazura... tapi pada aku dia tetap anggun.. bukan kerana paras rupanya sahaja tapi kerana aku mengenali dirinya.. dirinya yang betul2 buat aku tertawan.. Aku tgk hubby dia.. bertuahnya engkau.. aku harap ko tau apa yg ko ada.. sebelum terlewat.. kelak menyesal nanti... aku harap ko menyintai dia sedalam cinta aku terhadapnya.. malah sepatutnya dalam lagi... she deserves it.


Posted at 02:18 pm by kesana
Comments (3)  

Next Page